Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos yang lalu, MECIP Kerteh telah menganjurkan aktiviti berbasikal sekitar Kerteh. Aktiviti ini yang disertai seramai 9 orang peserta, bermula pada jam 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru. Aktiviti dimulakan dengan bacaan doa oleh Hj. Fadzil dan seterusnya peserta berlepas menuju ke arah Kampung Chabang, Kerteh. Kayuhan diteruskan dengan peserta memecut laju ke arah Kemasik. Seterusnya pendakian curam yang begitu mencabar bermula di sekitar kawasan yang dikenali warga Kerteh sebagai “Bukit Skate”. Pendakian curam lebih 45 darjah dengan jarak ketinggian maksimum sekitar 30 meter benar-benar menguji peserta sehingga ada peserta yang mengalami kecederaan. Atas dasar keselamatan peserta, kayuhan diteruskan dengan berpatah balik mengikut laluan asal. Peserta kemudian singgah untuk bersarapan di Warung Mak Jah, Kampung Chabang sebelum menyambung perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kayuhan tamat sekitar jam 10.00 pagi dengan jumlah jarak laluan sekitar 26 Kilometer.

 

IMG-20160831-WA0020IMG-20160831-WA0005IMG-20160831-WA0007IMG-20160831-WA0015IMG-20160831-WA0019