HULURKAN BANTUAN RINGANKAN BEBAN – MECIP CSR INITIATIVE 2017

MECIP melalui MECIP Recreation and Sports Club (MRSC) hari ini telah menziahari Saudara Zul di Kampung Gelugor, Kerteh yang mempunyai masalah penglihatan akibat kecederaan ketika melakukan kerja kimpalan 20 tahun lalu. Beliau kini bekerja sebagai nelayan dan mengambil upah mengurut sekitar Kerteh bagi menyara 3 orang anaknya. Sumbangan berbentuk mesin basuh, wang tunai dan keperluan harian telah disampaikan oleh AJK MRSC bagi mewakili seluruh warga kerja MECIP.

IMG_20170417_184408 IMG_20170417_184433 IMG_20170417_184419